Log Masuk Daftar

FXOpen mengeluarkan versi baru One Click Trading dan Plugin Level2

FXOpen dengan sukacitanya melancarkan versi baru (v1.24) One Click Trading dan Plugin Level2 (OCTL2) bagi terminal MT4 yang dibangunkan oleh Soft-FX.

Versi baru menawarkan beberapa peningkatan fungsi, termasuk sokongan untuk instrumen CFD, lukisan histogram dipertingkatkan dan antara muka pengguna, serta beberapa perbaikan bug kecil, kestabilan yang lebih baik dan lain-lain

Muat turun versi terbaru One Click Trading dan Plugin Level 2 disini.

Pasukan FXOpen sentiasa memperbaiki aplikasi untuk membuat proses trading anda lebih lancar dan lebih mudah. Kami akan menghargai maklum balas anda mengenai prestasi alat dan fungsi di FXOpen Forum.

Apa kelebihan yang ditawarkan oleh OCTL2? Kelajuan meletakkan suatu pesanan sangat penting, terutamanya dalam pasaran tidak menentu. One Click Trading dan Plugin Level2 kami membolehkan anda membuat pesanan dengan harga yang terbaik boleh didapati dengan satu klik tetikus, dan sehingga 1000 tahap kedalaman pasaran anda akan sentiasa tahu liquidity yang ada untuk anda untuk mana-mana pasangan mata wang. Perkara lain yang anda boleh buat dengan One Click Trading dan Plugin Level2:

  • Letakkan pesanan Jual / Beli dengan satu klik
  • Tutup pesanan dengan satu klik menggunakan kriteria yang berbeza (sebahagiannya, semua, semua belian, semua jualan, semua keuntungan, semua kerugian)
  • Menetapkan jumlah pesanan
  • Menetapkan Stop Loss dan Take Profit dalam pips
  • Meletakkan pending orders dengan 1 klik
  • Membatalkan pending orders dengan 1 klik berbeza kriteria (semua, limit, stop)
  • Lihat Kedalaman Pasaran (Tahap 2) dengan harga pasaran dan jumlah
  • Lihat Jumlah dagangan berwajaran harga purata (VWAP) berdasarkan jumlah yang diminta
  • Lihat maklumat akaun yang dipertingkatkan.

Untuk maklumat lanjut, lihat Pengetahuan Am FXOpen .

Ikuti perkembangan terkini di Facebook, Twitter dan Google+.

Khidmat Pelanggan FXOpen
E-mail: [email protected]
Live Chat (24/5)


Back...