Para pelanggan sekalian
First of all we would like to thank you for your vote of confidence in FXOpen. Thanks to your amazing participation and feedback. FXOpen is a leading MetaTrader 4 innovator and was the first one to offer true ECN execution over the popular MT4 platform.
Sebagai salah satu peningkatan perkhidmatan kami yg berterusan dan berlandaskan kepada banyak permintaan, kami baru-baru ini telah memperkenalkan buat julung kalinya platform perdagangan Metatrader4 (MT4) ECN. Langkah ini tidak kurang dari satu revolusi di dalam dunia perdagangan Forex dan ia diiktiraf oleh semua peserta pasaran yang berikhtiar untuk menyamai kejayaan serta kelebihan teknologi kami.
Berikut adalah pengenalan kepada platform inovatif kami dan panduan pengguna.
Mula-mula sekali, beberapa perkara mengenai perdagangan ECN: ECN bermaksud Jaringan Komunikasi Elektronik (Electronic Communications Network). Oleh kerana pasaran forex secara amnya tidak diregulasi, tiada satu bursa bagi perdagangan forex dan ianya dilakukan oleh pasaran menerusi kaunter (OTC - Over-The-Counter). Perdagangan ECN memberikan anda akses secara terus kepada pasaran matawang (antara bank) di mana anda boleh berniaga dengan peniaga lain dan pesanan anda akan dipaparkan di dalam pasaran serta dapat dilihat oleh yang lain, dalam masa yang sama boleh membuat pesanan mereka sendiri dan sekiranya harga adalah sama, urusniaga akan lengkap.
ECN adalah langkah seterusnya dalam perdagangan Forex membawa pasaran Forex lebih dekat kepada model pasaran saham dan adalah salah satu jalan yang akan diambil oleh semua broker satu hari nanti. Sekarang ini, FXOpen adalah broker pertama yang berjaya membawa kepada anda model perdagangan ECN dalam paparan muka Metatrader (MT4) yang telah terkenal dan terpilih.
Panduan ke platform MT4 FXOpen ECN:
Apakah 'spread' anda?
Dalam persekitaran ECN adalah lebih padan menggunakan perkataan 'perbezaan' berbanding 'spread'. Perbezaan (DAB) merujuk kepada beza terbaik antara ASK dan tawaran (BID) terbaik. DAB adalah pembolehubah dan tidak tetap. FXOpen menyediakan harga ECN sebenar yang membawa maksud anda akan melihat ASK terbaik dan Tawaran (BID) terbaik sebagaimana mereka wujud dari pelanggan kami dan lain-lain penyedia likuiditi (Liquidity Provider) yang menyertai kolam likuiditi ECN kami. FXOpen tidak memanipulasi atau menambah apa-apa pips kepada BID atau ASK.
Apakah maksud Kedalaman pasaran? (Market Depth)
Satu ukuran jumlah saiz yang sedia ada bagi tujuan transaksi untuk sesuatu instrumen pada satu-satu masa. Tawaran (BID) terbaik dan ASK terbaik akan dipaparkan dalam jadual bersama saiz yang ada utk beli atau jual
Sebutharga Tahap 2 (Level 2)
Data pasaran asas (boleh didapati pada persekitaran Demo) juga dikenali dengan sebutharga tahap 2 (atau buku pesanan), dan merangkumi maklumat berikut:
- Harga Bid : Harga terbaik yang diterima peniaga untuk jual.
- Jumlah Bid : Jumlah lot yang ada pada harga Bid.
- Harga Ask : Harga terbaik yang diterima peniaga untuk beli.
- Jumlah Ask : Jumlah kontrak yang ada pada harga Ask.
Kedalaman pasaran memaparkan pesanan yang ada dalam pasaran. Apabila dua pesanan padan (satu pesanan beli dan satu pesanan jual mempunya sama harga), pesanan akan dilengkapkan, dan akan hilang dari kedalaman pasaran dan didaftarkan pada sejarah perdagangan.
Data pasaran tambahan, boleh didapati pada persekitaran perdaganan nyata, dikenali dengan tahap 2 data pasaram, buku pesanan, di mana kedalaman pasaran diperlukan bagi menjalankan urusniaga menggunakan sistem perdagangan yg mematuhi aliran pesanan, seperti sistem 'scalping' dan sistem trading berdasarkan jumlah kehadapan (advanced volume based) serta merangkumi maklumat berikut :
- Harga Bid : Harga 5 terbaik yang diterima peniaga untuk jual.
- Jumlah Bid (dlm juta USD) : yang ada pada setiap tahap harga Bid.
- Harga Ask : Harga 5 terbaik yang diterima peniaga untuk beli.
- Jumlah Ask (dlm juta USD) : yang ada pada setiap tahap harga Ask terendah.

Data Pasaran Tahap 2
Terdapat beberapa jenis pesanan yang anda boleh gunakan bersama platform FXOpen MT4 ECN bagi mengawal dan memantau perdagangan anda secara efektif. 'Stop Loss', 'Take Profit', 'Limit', 'Stop' dan 'Market Orders' adalah tersedia kepada semua pelanggan FXOpen.
Pesanan Terhad (Limit Orders)
Pesanan ini membolehkan anda mengawal harga pada posisi yang akan dibeli atau dijual. Pesanan 'Buy Limit' hanya boleh dilaksanakan pada harga yang dihadkan atau lebih rendah, dan pesanan 'Sell Limit' hanya boleh dilaksanakan pada harga yang dihadkan atau lebih tinggi, bermaksud bahawa pesanan anda akan dipenuhi pada harga yang anda nyatakan atau lebih baik. Apabila anda meletakkan pesanan pasaran, anda tidak dapat mengawal harga pada mana pesanan anda bakal dipenuhi. Harga ECN sebenar membawa maksud anda akam melihat ASK terbaik dan tawaran (BID) terbaik sebagaimana wujud dari pelanggan lain dan penyedia likuiditi yang mengambil bahagian dalam ECN. Menurut prinsip pesanan terhad ECN (ECN Limit Orders):
BID terendah atau lebih rendah untuk pesanan terhad 'Short' (Sell Limit Order), boleh lebih rendah dari harga ASK paling rendah, dalam kata lain, dalam DAB - merujuk kepada perbezaan antara ASK terbaik dan tawaran BID terbaik..
ASK tertinggi atau lebih tinggi untuk pesanan terhad 'Long' (Buy Limit Order), boleh lebih tinggi dari harga BID paling tinggi, dalam kata lain, dalam DAB - merujuk kepada perbezaan antara ASK terbaik dan BID terbaik.
Pada waktu pergerakan pasaran Pesanan Terhad dan ambil untung yang tinggi, meskipun ditetapkan pada tingkat BID atau ASK terbaik, ianya mungkin tidak dapat dilaksanakan kerana pasaran telah pun bergerak. Sebagai contoh : Satu Pesanan Terhad ditempatkan tepat pada ASK terbaik tetapi harga pasaran berubah arah dengan cepat. Pesanan Terhad Beli tidak dapat dilaksanakan dan akan ditunda sehingga harga pasaran kembali pada tahap tersebut atau Pesanan itu diubah.
Broker-broker ECN menghantar pesanan terhad (Limit Orders) pelanggan mereka ke pasaran. Peserta dalam ECN boleh melihat segala pesanan terhad dan pesanan ambil untung (Take Profits Order) di dalam jadual kedalaman pasaran.
Sebagai contoh: Pelanggan ingin menempatkan Pesanan Terhad Beli (Buy Limit Order) AUD/NZD pada 1.24200 dengan jumlah 7.0 standard lot (lihat Fig. 1). DAB ketika arahan itu diletakkan adalah: BID - 1.24170 dan ASK - 1.24230 (lihat tetingkap Kedalaman Pasaran Fig. 1.). Setelah Pesanan ini (Buy Limit Oder) berjaya ditempatkan - 1.24200 dengan jumlah 700,000 AUD menjadi tingkat Tawaran BID Terbaik (lihat tetingkap Kedalaman Pasaran Fig. 2.) yang membawa maksud Pesanan tersebut (Buy Limit Order) telah ditambah ke Buku Pesanan ECN (ECN Order Book).

Fig. 1.

Fig. 2.
Arahan Henti Rugi (Stop Loss) dan Ambil Untung (Take Profit) boleh disertakan pada Pesanan Terhad (Lihat Fig. 3.). Apabila Pesanan Terhad ini tercetus, maka tahap Henti Rugi (Stop Loss) dan Ambil Untung (Take Profit) akan dinyatakan bersama pada posisi yang dibuka secara automatik (lihat Fig. 4.).

Fig. 3.

Fig. 4.
Pesanan Terhad (Limit Orders) menjadi buku yang dapat dilihat berapa jumlah yang pelanggan yang ingin beli atau jual pada waktu tertentu. Pada ketika pergerakan pasaran yang tinggi atau kekurangan likuiditi, mungkin hanya sebahagian sahaja Pesanan Terhad (Limit Order) dapat dilaksanakan. Ini bermakna posisi akan dipenuhi atau diisi sebahagian sahaja apabila harga sepadan dan bakinya akan dipaparkan pada pasaran sehingga harga dipenuhi.
Sebagai contoh: Pelanggan menempatkan Pesanan Terhad Beli (Buy Limit Order) AUD/NZD pada 1.24227 sebanyak 30 lot standard. Rujuk bahagian Jurnal (Fig. 5).

Fig. 5.
Pesanan Terhad Beli (Buy Limit Order) hanya dilaksanakan sebahagian kerana pada saat pasaran menyentuh harga terhad ECN tidak mempunyai sejumlah 30 lot pesanan yg padan dalam pasaran. 30 lot ini dipaparkan dalam pasaran dan dipenuhi sedikit demi sedikit menerusi 7 pesanan sebagaimana ianya dimasuk oleh lain-lain peserta pasaran pada harga terhad tersebut, Lihat Fig. 6.1 - Trade dan Fig 6.2 - Account History.

Fig. 6.1

Fig. 6.2
Cetusan Margin (Margin Trigger):
The ECN Broker transmits the clients Limit Orders to the Marketplace which causes the illustrated in Fig. 7 to occur. Once a limit order is placed in the Marketplace the Client must put up the margin for the position. However, at the moment when the Limit Order price is triggered and the margin is not met, the necessary margin is added to the client’s account automatically (Credit In) and then the position is executed. As soon as the order has been executed, the credited amount will be automatically deducted from the account according to the Credit Out procedure. If the margin level after the deduction (credit out) is less than 50% - order will be closed immediately according to the Stop Out procedure. All Clients should carefully monitor their trading accounts to prevent such situation from occurring. If the margin level after the deduction (credit out) is higher than 50% - the order will remain open until the SL or TP level is reached or the client closes the position manually.

Sell Limit 30 Lots GBP/USD was opened at 07:38:09 server time (lihat log jurnal di atas).

Fig. 7.
Akaun perdagangan secara automatik telah dikreditkan oleh sistem - Kredit Masuk $60 467.09 - Oleh kerana pada saat harga Pesanan Terhad (Limit Order) tercetus margin tidak mencukupi dan hanya selepas Jual Terhad dibuka kredit ditarik keluar - Kredit Keluar - $60 467.09.
Pesanan Jual Henti (Sell Stop) atau Beli Henti (Buy Stop)
Sebuah Pesanan Tertunda menjadi Pesanan Pasaran apabila tingkat harga tertentu tercapai dan dilepasi. Sebuah Pesanan Henti (Stop Order) ditempatkan di bawah nilai pasaran bagi matawang tersebut untuk posisi Short (Jual) dan di atas untuk posisi Long (Beli). Ketika harga mencapai tahap Jual Henti (Sell Stop) atau Beli Henti (Buy Stop), posisi akan dibuka secara automatik pada harga pasaran sama seperti perlaksanaan Pesanan Pasaran (Market Order). Harga ketika Jual Henti (Sell Stop) atau Beli Henti (Buy Stop) yang dilaksanakan mungkin tidak selalu menjadi harga yang anda tetapkan. Ini mungkin terutamanya berlaku dalam pasaran yang bergerak cepat di mana harga mata wang tidak stabil.
Bagi Pesanan Tertunda, arahan Henti Rugi (Stop Loss) dan Ambil Untung (Take Profit) boleh disertakan sekali.
Contoh Pesanan Henti (Stop Orders)

Fig. 1. Pesanan Tertunda Beli Henti (Pending Buy Stop Order)
Harga Pasaran Semasa: Bid - 1.24460, Ask – 1.24490
Tingkat Harga Pesanan: 1.24523 mesti di atas ASK dari Harga Pasaran Semasa. Apabila harga mencapai Tingkat Harga Pesanan, posisi akan dibuka secara automatik pada harga pasaran semasa sama seperti perlaksaanan arahan Pesanan Pasaran.
Henti Rugi(Stop Loss): 1.24512 mesti di bawah Tingkat Harga Pesanan. Bila harga mencapai tingkat harga Henti Rugi (Stop Loss), posisi akan ditutup secara automatik pada harga pasaran semasa sama seperti perlaksaanan arahan Pesanan Pasaran.
Ambil Untung(Take Profit): 1.24531 mesti di atas Tingkat Harga Pesanan. Bila harga mencapai tingkat harga Ambil Untung(Take Profit), posisi akan ditutup secara automatik pada tingkat harga Ambil Untung(Take Profit) atau lebih baik sama seperti perlaksaanan arahan Pesanan Terhad.

Fig. 2. Pesanan Tertunda Jual Henti (Pending Sell Stop Order)
Harga Pasaran Semasa: Bid - 1.24420, Ask – 1.24485
Tingkat Harga Pesanan: 1.24409 mesti di bawah BID dari Harga Pasaran Semasa. Apabila harga mencapai Tingkat Harga Pesanan, posisi akan dibuka secara automatik pada harga pasaran semasa sama seperti perlaksaanan arahan Pesanan Pasaran.
Henti Rugi(Stop Loss): 1.24450 mesti di atas Tingkat Harga Pesanan. Bila harga mencapai tingkat harga Henti Rugi (Stop Loss), posisi akan ditutup secara automatik pada harga pasaran semasa sama seperti perlaksaanan arahan Pesanan Pasaran.
Ambil Untung(Take Profit): 1.24395 mesti di bawah Tingkat Harga Pesanan. Bila harga mencapai tingkat harga Ambil Untung(Take Profit), posisi akan ditutup secara automatik pada tingkat harga Ambil Untung(Take Profit) atau lebih baik sama seperti perlaksaanan arahan Pesanan Terhad.
Pesanan Pasaran (Market Order)
Pesanan Pasaran adalah arahan yang membolehkan anda mengisi tempahan anda dengan cara terpantas. Anda boleh hampir selalu berharap agar pesanan anda dipenuhi, namun ia mungkin dilaksanakan bukan pada harga terbaik yang anda inginkan. Ketika ketidakstabilan harga berlaku jurang antara harga yang anda lihat ketika anda membuat pesanan dan harga yang anda dapat ketika tempahan anda dipenuhi mungkin melebar, namun ketika pasar bergerak begitu cepat ini mungkin satu-satunya pilihan untuk mengisi posisi anda sebelum pasaran bergerak lebih jauh.
Contoh: Ketika anda klik butang 'Buy by Market' atau 'Sell by Market', anda boleh mengharapkan pesanan anda dipenuhi pada pada harga pasaran sedang diperdagangakan ketika para peserta dalam pasaran menerima tempahan anda. Harga ini mungkin tidak harga pasaran yang sama anda mungkin telah mencatatkan ketika anda mula-mula meletakkan pesanan disebabkan saiz yg ada ketika tempahan diproses. Dalam rangka untuk menyediakan perlaksanaan pesanan terbaik kepada pelanggan, sistem secara automatik akan memadankan tempahan pelanggan, dengan perlaksanakan pesanan lain sebagai sebuah blok atau dalam beberapa siri transaksi yang lebih kecil.
Sebagai contoh: Pelanggan 1 hendak membuka posisi 'Short' sebesar 400,000 GBP/JPY menggunakan Pesanan Pasaran, tetapi pada ketika ini satu pembeli telah menempah sejumlah 300,000 GBP/JPY di 1.5876 dan pembeli lain telah menempah sejumlah 200,000 GBP/JPY di 1.5878. Maka, Pelanggan 1 menerima posisi 'Short' sebesar 400,000 GBP/JPY di 1.5877 kerana: (200,000 * 1.5878 + 200.000 * 1.5876 (sebahagian daripada 300,000 di 1.5876)) / 400,000 = 1.5877.
Contoh Buka Pesanan Pasaran (Open Market Order)

Fig. 1.
Sila ambil perhatian bahawa “Notice! At order by market execution, the price will be quoted by dealer.” tidak selaras dengan modul ECN.
Apabila pelanggan menggunakan 'Market Execution' bagi membuka posisi beliau tidak dapat meletakkan 'Stop Loss' dan posisi yang telah dibuka menerusi mod modifikasi (Modify Order). Sebagaimana anda lihat pada Fig. 1, tetingkap sebutharga harga terbaik bagi membuka posisi 'Short' GBP/USD adalah 1.62875 bagi jumlah sehingga 10 lot standard. Pelanggan ingin membuka 7 lot GBP/USD dan untuk membuka posisi 'Short', pelanggan perlu menekan butang 'Sell by Market' di bawah.
Pengesahan membuka Pesanan Pasaran (Open Market Order Confirmation)

Fig. 2.
Sebaik sahaja pesanan pasaran dilaksanakan, skrin akan memaparkan tetingkap pengesahan (lihat Fig. 2). Anda boleh melihat bahawa pesanan telah dilaksanakan dengan permohonan jumlah penuh, 7 lot pada 1.62884 iaitu 0.00009 harga yang lebih baik dari tetingkap sebutharga pada masa ianya mula dilaksanakan. Sebagaimana dinyatakan sebelum ini, sistem akan memadankan secara automatik pesanan jual dengan harga yang datang dari pelanggan dan penyedia likuiditi memasuki pasaran sebaik sahaja posisi 'short' dilaksanakan. Ia boleh berjalan melalui dua arah dan bergantung hanya pada likuiditi yang terdapat dalam pasaran.
Dalam jurnal pelanggan, anda boleh melihat log menyatakan posisi yang dibuka :
- 1. 2009.06.25 05:30:42 '2625': order sell market 7.00 GBPUSD sl: 0.00000 tp: 0.00000
- 2. 2009.06.25 05:30:42 '2625': request was accepted by server2009
- 3. 2009.06.25 05:30:42 '2625': request in process
- 4. 2009.06.25 05:30:43 '2625': order was opened : #267378 sell 7.00 GBPUSD at 1.62884 sl: 0.00000 tp: 0.00000
Tutup Pesanan Pasaran (Close Market Order)

Fig. 3.
Sebagaimana anda lihat pada Fig. 3, harga terbaik untun menutup posisi 'Short' adalah 1.63075 dengan jumlah 10 lot standard. Untuk menutup posisi, pelanggan harus menekan “Close #... sell 7.00 GBPUSD by Market” pada butang di bawah (Butang Kuning)
Pengesahan Tutup Pesanan Pasaran (Close Market Order Confirmation)

Fig. 4.
Sejurus selepas Tutup Pesanan Pasaran (Close Market Oder) dilaksanakan, skrin akan memaparkan tetingkap pengesahan (lihat Fig. 4). Anda boleh melihat bahawa pesanan telah dilaksanakan dengan permohonan jumlah penuh, 7 lot pada 1.63074 iaitu 0.00001 harga yang lebih rendah dari tetingkap sebutharga pada masa ianya mula dilaksanakan. Sistem akan memadankan secara automatik pesanan jual dengan harga yang datang dari pelanggan dan penyedia likuiditi. Pelanggan kemudiannya boleh melihat log berkenaan penutupan posisi ini di dalam bahagian Journal (lihat Fig. 4).
Arahan Henti Rugi (Stop Loss) dan Ambil Untung (Take Profit)
Arahan Henti Rugi (Stop Loss) dan Ambil Untung (Take Profit) boleh dimasukkan dalam Pesanan Tertunda atau diubahsuai pada posisi yang sedia ada. Setelah Pesanan Tertunda tercetus, setiap tingkat Henti Rugi (Stop Loss) dan Ambil Untung (Take Profit) akan disertakan pada posisi yg dibuka secara automatik.

PESANAN BELI TERHAD (BUY LIMIT ORDER) – STOP LOSS dan TAKE PROFIT sedia untuk ditetapkan.
Henti Rugi (Stop Loss)
Arahan ini digunakan untuk meminimumkan kerugian, ketika harga Instrumen Kewangan telah mula bergerak ke arah yang tidak menguntungkan. Jika harga mencapai tahap yang ditetapkan, posisi akan ditutup secara automatik pada harga pasaran semasa sama seperti perlaksaanan arahan Pesanan Pasaran. Harga bila arahan 'Stop Loss' dijalankan mungkin tidak selalu menepati harga yang anda tetapkan. Ketika tingkat arahan 'Stop Loss' jatuh ke tahap di mana terdapat jurang harga (Price Gap) telah berlaku, arahan dilaksanakan pada sebutharga yang tersenarai pada aliran harga, apabila jurang harga (Price Gap) ini telah berakhir. Pelanggan boleh menempatkan SL hanya bersama-sama dengan posisi yang sudah dibuka atau arahan yang tertunda (Limit atau Stop order). Jika tingkat arahan 'Stop Loss Order' diatur sangat dekat dengan harga utk membuka Pesanan Tertunda ia boleh menyebabkan penutupan Pesanan Tertunda yang baru dilaksanakan. Terminal akan memeriksa posisi 'long' dengan harga BID bagi memadankan peruntukan arahan, dan harga ASK bagi posisi 'short'.
Ambil Untung (Take Profit)
Arahan ini digunakan untuk menutup perdagangan dalam keuntungan, ketika harga Instrumen Kewangan telah mencapai tahap tertentu. Perlaksanaan arahan ini akan menyebabkan posisi ditutup menurut peraturan yang sama seperti perlaksaanan arahan Pesanan Terhad. TP akan ditutup pada tahap yang dipilih atau lebih baik, Namun, dalam kes likuiditi yang rendah, ada kemungkinan hanya sebahagian sahaja dipenuhi (partial fill), mengakibatkan sebahagian posisi masih terbuka. Pelanggan boleh meletakkan TP hanya bersama-sama dengan kedudukan yang sudah dibuka atau Pesanan Tertunda (Limit atau Stop order). Terminal akan memeriksa posisi 'long' dengan harga BID bagi memadankan peruntukan arahan, dan harga ASK bagi posisi 'short'.
Penting:
- Pesanan 'Stop Loss' dan 'Take Profit' hanya boleh dilaksanakan pada pesanan yang telah dibuka tetapi bukan pada pesanan tertunda (pending order);
- Market Buy and Sell orders, as well as Pending Buy Stop and Sell Stop Orders, may be rejected if requested price differs from the best price, at which this order can be actually executed, by more than the maximum allowable slippage value. This mechanism is designed to protect customers from undesirable high slippage in fast-moving markets. For more information, please, refer to FXOpen Knowledge Base;
- Carta sejarah hanya dilukis untuk harga BID dalam terminal MetaTrader. Bagaimana pun, terdapat pilihan untuk melihat harga ASK bagi sesetengah carta. Untuk melihat paparan harga ASK, pilih "Show Ask Line'" dalam penetapan terminal.
|
FXOpen ECN Marketplace |
FXOpen Market Maker |
Maklumat |
| CLIENT ANONYMITY |
YA |
TIDAK |
Apabila pesanan dihantar ke ECN, tiada maklumat akaun disertakan bersama. |
| ORDER MATCHING |
YA |
TIDAK |
ECN memadankan pesanan anda dengan pelanggan lain, bank atau mana-mana peserta ECN yang lain |
| RE-QUOTES |
TIDAK |
YA |
ECN tiada sebutan harga semula (re-quotes), pesanan pasaran akan menerima harga terbaik yang ada; tiada gelinciran (slippage) yang perlu dikawal. |
| DEPTH OF MARKET DISPLAY |
YA |
TIDAK |
ECN membenarkan pelanggan melihat kedalaman pasaran(market depth). |
| PENDING ORDER LIMITATIONS |
TIDAK |
YA |
ECN membenarkan pesanan terhad (limit order) diletakkan dalam lingkungan 'spread' yang tidak dibenarkan oleh pembuat pasaran. (Ia termasuk dalam kedalaman pasaran) |
| TRADING ECONOMIC RELEASES |
BERGANTUNG PADA PESERTA |
YA |
Walaupun anda mungkin menerima sebutharga semula (re-quotes) sewaktu data ekonomi dikeluarkan semasa FXOpen bertindak sebagai Market Maker, ECN bergantung pada para peserta untuk mengisi buku, kekurangan likuiditi boleh berlaku ketika pengumuman. |
| VOLUME AVAILABLE AT REQUESTED PRICE |
TIDAK |
YA |
ECNs akan mempunyai pelbagai jumlah saiz, pada harga yang berbeza, dalam kedalaman pasarannya; Sebagai Market Maker, FXOpen, akan hampir selalu memenuhi tempahan pada harga kontinjen yang diminta oleh pasaran yang masih berurusniaga pada harga tersebut. |
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai platform ECN, harap tidak teragak-agak untuk hubungi kami..
FXOpen adalah MetaTrader 4 terkemuka dan inovator adalah orang pertama yang menawarkan eksekusi benar ECN dari platform MT4 popular.